Bagaimanakah kaedah pelupusan abu Al-Quran?Al-Quran yang hendak dilupuskan sebaiknya dibakar di tempat yang bersih kemudian abunya dihimpunkan dan dihanyutkan ke dalam laut atau sungai yang mengalir. Selain itu, abunya juga boleh ditanam ditempat yang tidak dilalui oleh orang ramai bagi mengelak daripada dipijak. Ini jelas tujuannya adalah untuk menjaga kesucian dan kemulian al-Quran itu sendiri. Disamping itu, hendaklah menjaga adab-adab ketika mengendalikan aktiviti tersebut seperti sentiasa dalam keadaan berwuduk dan tidak berhadas dan sebagainya. Jawapan Menjaga dan memuliakan kesucian al-Quran merupakan satu tanggungjawab dan kewajipan bagi setiap umat Islam. Oleh itu, beberapa kaedah yang telah digariskan oleh para ulama dalam proses pelupusan al-Quran rosak Di antara kaedah yang telah yang disarankan oleh para ulama adalah dengan membakarnya. Hal ini berpandukan dengan apa yang dilakukan oleh Saidina Uthman bin ‘Affan R.A ketika proses pengumpulan al-Quran bahawa dia telah memerintahkan untuk mengumpul Mushaf yang dimansukhkan dan membakarnya bertujuan menjaga kesucian al-Quran. Hal tersebut sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A: أن عثمان بن عÙان رضي الله عنه :أَمَرَ زَيْدَ بْنَ ثَابÙت٠، وَعَبْدَ اللَّه٠بْنَ الزّÙبَيْر٠، وَسَعÙيدَ بْنَ الْعَاص٠، وَعَبْدَ الرَّØْمَن٠بْنَ الْØَارÙث٠بْن٠هÙشَام٠، ÙَنَسَخÙوهَا ÙÙÙ‰ الْمَصَاØÙÙÙ ØŒ وَقَالَ عÙثْمَان٠لÙلرَّهْط٠الْقÙرَشÙيّÙينَ الثَّلاَثَة٠: Ø¥Ùذَا اخْتَلَÙْتÙمْ أَنْتÙمْ وَزَيْد٠بْن٠ثَابÙت٠ÙÙÙŠ شَيء٠مÙÙ†ÙŽ الْقÙرْآن٠ÙَاكْتÙبÙوه٠بÙÙ„Ùسَان٠قÙرَيْش٠، ÙÙŽØ¥Ùنَّمَا نَزَلَ بÙÙ„ÙسَانÙÙ‡Ùمْ ØŒ ÙÙŽÙَعَلÙوا ØŒ Øَتَّى Ø¥Ùذَا نَسَخÙوا الصّÙØÙÙÙŽ ÙÙÙŠ الْمَصَاØÙÙ٠رَدَّ عÙثْمَان٠الصّÙØÙÙÙŽ Ø¥ÙÙ„ÙŽÙ‰ ØÙŽÙْصَةَ ØŒ وَأَرْسَلَ Ø¥ÙÙ„ÙŽÙ‰ ÙƒÙلّ٠أÙÙÙق٠بÙÙ…ÙصْØÙŽÙÙ Ù…Ùمَّا نَسَخÙوا ØŒ وَأَمَرَ بÙمَا سÙوَاه٠مÙÙ†ÙŽ الْقÙرْآن٠ÙÙÙŠ ÙƒÙلّ٠صَØÙÙŠÙَة٠أَوْ Ù…ÙصْØÙŽÙ٠أَنْ ÙŠÙØْرَقَ Maksudnya: Sesungguhnya ‘Uthman bin ‘Affan R.A memerintahkan Zaid bin Thabit, Abdullah bin al-Zubair, Sai’d bin al-‘As dan ‘Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisyam supaya menulis semula dalam bentuk salinan Mushaf yang sempurna, ‘Uthman berkata kepada tiga orang lelaki Quraish: Sekiranya kamu tidak bersetuju dengan Zaid bin Thabit berkaitan sesuatu hal di dalam al-Quran, maka tulislah dalam gaya bahasa Quraish, sesungguhnya al-Quran diturunkan dengan bahasa mereka, lalu mereka melakukannya, sehingga menjadi banyak salinan daripadanya (mushaf), kemudian ‘Uthman memulangkan mushaf yang asal kepada Hafsah, dan dikirim ke seluruh pelusuk dunia, kemudian ‘Uthman memerintahkan supaya segala mushaf selain daripada mushaf yang asal agar dibakar. Riwayat al-Bukhari (4987) Imam Badr al-‘Aini dalam mensyarahkah hadis di atas menukilkan pandangan Ibn Battal dengan menyatakan: ÙÙÙŠ هَذَا الØَدÙيث جَوَاز تØريق الْكتب الَّتÙÙŠ ÙÙيهَا اسْم الله، عز وَجل، بالنَّار ÙˆÙŽØ¥ÙÙ† Ø°ÙŽÙ„ÙÙƒ إكرام لَهَا وصون عَن وَطئهَا بالأقدام، وَقيل: هَذَا كَانَ ÙÙÙŠ Ø°ÙŽÙ„ÙÙƒ الْوَقْت، وَأما الْآن Ùالغسل Ø¥Ùذا دعت الْØَاجة Ø¥ÙÙ„ÙŽÙ‰ Ø¥Ùزَالَته Maksudnya: Pada hadis ini menyatakan harus membakar kitab yang terdapat padanya nama Allah SWT dengan api kerana memuliakannya dan menjaganya daripada dipijak. Pada pandangan yang lain menyatakan: pendapat ini merupakan pada masa itu, ada pun pada masa sekarang, maka dengan membasuhnya apabila berhajat untuk menghilangkan tulisannya. (Rujuk ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, 20/19) Imam Khatib al-Syirbini mengatakan bahawa makruh membakar al-Quran tanpa tujuan melainkan tujuan untuk menjaga kesuciannya. ÙˆÙŽÙŠÙكْرَه٠إØْرَاق٠خَشَب٠نÙÙ‚ÙØ´ÙŽ بÙالْقÙرْآن٠إلَّا إنْ Ù‚ÙصÙدَ بÙه٠صÙيَانَة٠الْقÙرْآن٠Ùَلَا ÙŠÙكْرَه٠كَمَا ÙŠÙؤْخَذ٠مÙنْ كَلَام٠ابْن٠عَبْد٠السَّلَام٠وَعَلَيْه٠يÙØْمَل٠تَØْرÙيق٠عÙثْمَانَ - رَضÙÙŠÙŽ اللَّه٠عَنْه٠– الْمَصَاØÙÙÙŽ Maksudnya: Dan makruh membakar kayu yang diukir padanya al-Quran melainkan dengan tujuan penyelenggaraan al-Quran, maka tidak makruh ini seperti yang diambil daripada pendapat Ibn Abd al-Salam berdasarkan perbuatan ‘Uthman R.A yang membakar mushaf (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/152) Berkenaan dengan abu yang dibakar sebaiknya hendaklah dikumpulkan dan diletak ditempat yang selamat seperti ditanam pada tempat yang bersih dan tidak dilalui oleh orang ramai supaya tidak dipijak. Selain itu, boleh juga ia dihanyutkan ke dalam laut atau sungai yang mengalir. Ini bagi menjaga kesucian dan kemuliaan al-Quran serta dapat mengelak daripada perkara yang boleh mencemarkan kesucian al-Quran. Imam al-Zarkashi menukilkan di dalam kitabnya bahawa ÙˆÙŽÙÙŽÙ‰ الْوَاقÙعَات٠مÙنْ ÙƒÙتÙب٠الْØÙŽÙ†ÙŽÙÙيَّة٠أَنَّ الْمÙصْØÙŽÙÙŽ إذا بلي لا ÙŠØرق بل تØÙر Ù„ÙŽÙ‡Ù ÙÙÙŠ الْأَرْض٠وَيÙدْÙÙŽÙ†Ù Maksudnya: Apa yang terdapat di dalam karangan Mazhab Hanafi bahawa sesungguhnya apabila rosak (al-Quran) janganlah dibakar akan tetapi digali dan ditanam ia di dalam tanah. (Rujuk al-Burhan fi ‘Ulum al-Quran, 1/477) Hal ini jelas seperti yang diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992 menyatakan bahawa cara pembakaran adalah seperti berikut:
KESIMPULAN Justeru dapat disimpulkan bahawa, al-Quran yang hendak dilupuskan sebaiknya dibakar di tempat yang bersih kemudian abunya dihimpunkan dan dihanyutkan ke dalam laut atau sungai yang mengalir. Selain itu, abunya juga boleh ditanam ditempat yang tidak dilalui oleh orang ramai bagi mengelak daripada dipijak. Ini jelas tujuannya adalah untuk menjaga kesucian dan kemulian al-Quran itu sendiri. Disamping itu, hendaklah menjaga adab-adab ketika mengendalikan aktiviti tersebut seperti sentiasa dalam keadaan berwuduk dan tidak berhadas dan sebagainya. Unit Dakwah
Dokumen Popular
Carta Organisasi Latar Belakang Bagaimanakah kaedah pelupusan abu Al-Quran? Misi dan Visi Secangkir Ucapan Ketua Unit Pertandingan e-MAHABBAH Pendidikan Khas Keputusan e-Mahrajan Islami Adab dan Nilai Daerah (Rendah) Gombak Selamat Hari Raya Aidilfitri dari UPI PPD Gombak Modul PdP Pendidikan Islam Tahun 3 KSSR (SEMAKAN 2017) Takwim Persekolah 2021 |